Guna

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mencadangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) guna logo parti PKR sebagai logo gabungan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng berkata, cadangan tersebut sebagai pelan alternatif sekiranya logo HARAPAN masih gagal untuk didaftarkan menjelang PRU14 yang mungkin diadakan dalam masa enam bulan lagi.

“Daripada empat logo sedia ada, logo AMANAH dan BERSATU masih baru buat pengundi seluruh pelusuk negara. Yang dikenali pengundi adalah logo PKR dan DAP.

“DAP telah berusia 51 tahun sementara PKR telah berusia 18 tahun.

“Apabila faktor penerimaan oleh pengundi pelbagai etnik diambil kira, seharusnya logo PKR digunakan sebagai logo calon HARAPAN jika tiba PRU14 nanti, logo baru HARAPAN gagal didaftarkan,” katanya dalam kenyataan.

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik cadangan tiga logo HARAPAN yang salah satunya mempunyai imej “ibu jari”

Cadangan tersebut menerima kecaman daripada netizen yang bagi sesetengah mereka melihat ia sebagai kerja-kerja secara sambil lewa sahaja.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here