grand

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berjaya menjuarai Grand Prix (GP) Hungary untuk rekod lima kali, dan seterusnya mendahului kejuaraan ke atas rakan sepasukan, Nico Rosberg yang berada pada berkedudukan kedua.

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo ketiga, diikuti pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan Max Verstappen dari Red Bull. Lewis Hamilton pada ketika ini mengumpul lima kemenangan F1 musim ini seterusnya mengumpul 192 mata, dengan Rosberg 186 dan Ricciardo ketiga dengan 115.

image via Motor Sports

Rosberg sudah memenangi empat perlumbaan pada awal musim 2016 ini, manakala Hamilton berjaya menang lima daripada enam perlumbaan terakhir beliau.

Verstappen ialah pemandu tunggal bukan dari Mercedes untuk memenangi perlumbaan pada 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here