Google Andromeda
Image via The Hacker News

Sejak kebelakangan ini, didapati tidak banyak berita mengenai produk Google diperkatakan. Namun begitu, terdapat khabar angin terbesar dan berpotensi benar adalah mengenai Google Andromeda, yang dikatakan sebagai sistem operasi yang baru untuk peranti.

Netizen merasakan khabar angin ini berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan. Ini kerana terdapat beberapa maklumat mengenainya di dalam laman  sesawang dan antara yang menarik perhatian adalah maklumat yang menyatakan matlamat jangka panjang Google untuk “beralih daripada Android”. Google Andromeda mungkin akan tampil sebagai OS untuk semua platform seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, dan lain-lain. Ianya mungkin serupa dengan kaedah yang digunakan Microsoft dimana Windows 10 boleh digunakan pada semua peranti. Khabar angin sebelum ini yang mengatakan Google mempunyai rancangan untuk melancarkan tablet sendiri serta Chromebook Pixel generasi ke-3 yang akan menggunakan OS yang sama menguatkan lagi dakwaan ini.

Walaupun ini masih hanya khabar angin, ia adalah sesuatu yang berpotensi besar. Android adalah platform kepada peranti mudah alih yang terbesar dan paling popular di dunia, dan perpindahan keluar daripadanya boleh membawa sesuatu perubahan yang sangat besar. Google Andromeda adalah matlamat jangka panjang Google, jadi ini bukanlah sesuatu yang mungkin diperkenalkan secepat mungkin. Banyak ujian yang perlu dilakukan oleh Google bagi memastikan Andromeda mampu mengambil alih tugasan yang sekian lama digalas Android.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here