Google Allo

Google Allo kini  dimuat turun oleh orang ramai sejak ia mula diperkenalkan oleh Google pada bulan Mei lepas. Ia dikatakan lebih bijak daripada mana-mana aplikasi ‘messaging’ yang anda pernah digunakan setakat ini.

Allo didatangkan dengan pembantu ‘Artificial Intelligence – AI’ dan fungsi carian Google terbina di dalam aplikasi tersebut. Ini membolehkan Allo menawarkan beberapa faedah yang tidak terdapat pada aplikasi lain. Ia mampu memberikan cadangan secara automatik kepada anda untuk melakukan banyak perkara seperti menghantar mesej kepada kenalan anda, atau mencadangkan restoran untuk anda menikmati makan malam. Anda juga boleh meminta Google Allo untuk memberikan ‘rating’ filem dan permainan video.

“Salah satu prinsip kami telah digunakan semasa membangunkan aplikasi ini adalah untuk tidak mempunyai banyak kepincangan,” jelas Nick Fox, VP produk komunikasi Google. “Kita tidak mahu pengguna bersusah payah untuk mencari sesuatu yang mereka mahu. Kami mahu memberikan perkara yang betul pada masa yang tepat.”

Penmbantu AI merupakan ‘selling point’ Google dalam usahanya untuk menarik pengguna yang sudah selesa menggunakan aplikasi ‘messaging’ lain seperti Apple (iMessage) dan Facebook (WhatsApp).

“Walaupun aplikasi ‘messaging’ telah lama wujud, namun aplikasi ‘messaging’ pintar seperti Google Allo ini adalah  baru,” kata Fox. “Saya rasa ini adalah satu era baru di mana kita mempunyai banyak kelebihan setelah kita banyak melabur dalam industri perisikan mesin (machine intelligence).”

Persoalannya sekarang, adakah Google mampun untuk menyaingi gergasi aplikasi ‘messaging’ lain setelah cubaan mereka memperkenalkan Hangouts (dahulunya GChat) dilihat tidak begitu berjaya. Pengenalan Google+ untuk menyaingi Facebook juga tidak begitu mendapat perhatian netizen.

Namun, pengenalan Google Allo adalah peluang keemasan Google untuk menarik pengguna kerana Allo menawarkan sesuatu yang kita tidak pernah melihat sebelum ini dalam aplikasi ‘messaging’.

Google Allo ditawarkan secara percuma kepada pengguna di kedua-dua peranti IOS dan Android.

LEAVE A REPLY