go

Kegilaan terhadap aplikasi permainan Pokemon Go sudah melangkau terlalu jauh.

Anda akan berada di luar melihat orang ramai ‘melekat’ bersama telefon masing-masing dan cuba menangkap seberapa banyak Pokemon, tetapi Jose Mourinho nampaknya lebih suka jika pemain Manchester United tidak berada di kalangan kumpulan tersebut.

Jurulatih United yang baharu itu dilaporkan telah melarang pemainnya daripada menggunakan aplikasi permainan itu dalam tempoh dua hari sebelum perlawanan.

Dia mahu pemainnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada taktik, tidak berlari di sekitar kawasan, cuba untuk menangkap Squirtle.

Menurut sumber yang bercakap kepada Daily Star: “Jose suka mempunyai hubungan baik dengan pemain dan kakitangannya, dan berfikir adalah baik untuk mereka bergembira dan berehat jika tiada latihan dan permainan.

image via Goal

“Di Old Trafford, dia perlu membuat langkah dan tindakan dengan teliti. Satu-satunya perkara yang menjadi kebimbangannya adalah mengenai Pok√©mon di mana ia telah disuarakan kepada pemain-pemainnya.

“Dia berkata dalam masa 48 jam sebelum perlawanan, dia mahu semua pemainnya meninggalkan permainan itu dan menumpukan perhatian kepada taktik yang telah ditetapkan olehnya dan kakitangan beberapa hari sebelum perlawanan.”

Ia semacam tidak masuk akal dan tiada siapa pun yang tahu bagaimana kesahihan ‘sumber’ itu, tetapi sebenarnya tidak begitu sukar untuk mempercayainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here