gigi hadid
Cover image via celebfamily.com

Model antarabangsa terkenal, Gigi Hadid mengundang kecaman netizen susulan tindakannya mempersenda isteri kepada bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Melania Trump di Anugerah American Music Awards (AMA) pada Ahad lalu.

Gigi Hadid yang merupakan pengacara bagi majlis tersebut mengajuk cara percakapan bakal Wanita Pertama AS.

Dengan menggunakan loghat Melania yang dilahirkan di Slovenia serta ekspresi wajahnya, Gigi berkata, “Saya sayang suami saya, Presiden Barack Obama, dan anak-anak kami, Sasha dan Malia.

Sindiran itu ditujukan terhadap Melania yang sebelum ini didakwa memplagiat ucapan Wanita Pertama, Michelle Obama ketika berucap sempena malam Konvensyen Republikan Kebangsaan pada Julai lalu.

Bagaimanapun, netizen tidak begitu gembira dengan ‘jenaka’ Gigi.

Malah, mereka mengecam serta mengelar model itu sebagai rasis dan pembuli.

Baca lagi: Kisah Cinta Zayn Malik, Gigi Hadid Berakhir

LEAVE A REPLY