soros
Foto hadapan oleh FMT

SIAPA yang tidak mengenali George Soros? Seluruh dunia mengenalinya sebagai seorang spekulator mata wang yang terkenal, pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi dan juga aktivis politik.

Pada tahun 1984, George Soros yang digelar penyanyak mata wang menubuhkan Open Society Institute (OSI) bertujuan mempromosikan fahaman demokrasi liberal menggunakan kekayaannya.

Melalui OSI yang ditukar nama kepada Open Society Foundations (OSF) pada 1993, George Soros telah menaja bermacam bentuk gerakan atas nama ‘demokrasi’ yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

soros-foundations-588x300

Mereka yang mengingati kesan krisis ekonomi pada 1990-an tentu tidak lupa kepada nama George Soros yang digelar penyangak mata wang kerana menyebabkan krisis kewangan dunia semata-mata mahu menambah kekayaan peribadi.

Pada April 2011, Humanevents dalam artikel yang diterbitkan menyenarai 10 sebab kenapa George Soros begitu berbahaya. Antaranya kerana penyaluran dana melalui OSF kepada NGO dan ahli politik di seluruh negara yang mendukung gagasan ‘masyarakat terbuka’.

Jika dilihat kepada gerakan dilakukan George Soros, si penyangak mata wang ini pasti mempunyai agenda peribadinya dalam setiap dana atau duit yang disalurkannya. Tentunya bukan percuma. Tidak mungkin…

Tetapi kenapa masih terdapat NGO serta pihak tertentu di negara ini yang masih menerima tajaan dari OSF?.

Negara seperti China, Iran, Jerman, Perancis, Cuba, Jepun, Korea dan Thailand sentiasa memantau dan menyekat bantuan dana mahupun campur tangan asing yang digerakkan melalui pertubuhan seperti OSF.

Malangnya, terdapat rakyat negara ini melalui pertubuhan serta parti politik yang digerakkan mereka menerima sumbangan dana tersebut.

Untuk tujuan apa dana OSF itu diterima? Apakah ada agenda memburukkan kerajaan sedia ada? Menimbulkan keresahan rakyat? Mempersenda agama dan kaum atau mahu mempertikai perjanjian sosial sejak merdeka?

Umum mengetahui, gerakan BERSIH yang ditubuhkan pada 2005 oleh tiga NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Kesatuan Penulis Untuk Media Independent (Wami) serta disokong parti politik pembangkang juga sudah mengesahkan menerima dana daripada OSF.

soros0

S. Ambiga sendiri mengaku pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH 2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.

Begitu juga penganjur BERSIH 5, Maria Chin Abdullah yang turut mengaku menerima tajaan OSF.

Ingatlah rakyat Malaysia, NDI dan OSF merupakan salah satu cabang pertubuhan Yahudi seperti National Endowment of Democracy (NED) yang melakukan cubaan campur tangan dalam hal ehwal negara sebelum ini.

BERSIH serta pihak lain di negara ini yang menerima dana OSF seharusnya mengelak campur tangan asing kerana tindakan itu boleh merugikan negara.

Adakah BERSIH merupakan tali barut kepada bangsa asing dan George Soros?

Mereka jelas sanggup bekerjasama dengan bangsa asing semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan, mereka juga sanggup menggadaikan negara dengan menjadi kuda tunggangan bangsa asing.

bersih

Apakah balasan yang diminta oleh George Soros daripada BERSIH? Rakyat perlu mengetahuinya kerana ia melibatkan masa depan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara bukannya mahu menghancurkannya dengan melibatkan campur tangan asing.

Sanggupkah kita melihat ada pihak yang mahu menggadai kedaulatan negara demi memenuhi kerakusan nafsu George Soros?

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY