gempa

TOKYO: Jabatan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi tiga meter susulan gempa berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Fukushima.

Gempa berlaku kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer, laporĀ Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Fenomena air laut pasang surut turut berlaku di kawasan pantai di Iwaki.

Susulan itu, penduduk di kawasan perairan itu diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

Fukushima yang terletak di utara Tokyo merupakan pusat loji kuasa nuklear yang sebelum ini musnah susulan kejadian tsunami dan gempa bumi luar pesisir pada 2011.

Kira-kira 18,000 terkorban dalam bencana itu.

LEAVE A REPLY