garmin

Garmin sedia mempunyai pesaing GoPro mereka tersendiri, dan paling terkini, mereka telah pun melancarkan satu lagi produk terkini dibawa keluarga mereka, iaitu GarminVIRB Ultra 30.

VIRB Ultra 30 ini hadir dengan rekaan lebih kurang serupa seperti GoPro, dan menawarkan sokongan rakaman 4K melaluinya pada kadar 30FPS. Dengan fokus terhadap rakaman aksi, ia turut menyertakan penstabilan imej elektronik 3-axis.

Melengkapkan kamera aksi ini juga adalah salah satu ciri menarik, iaitu kebolehan merakamkan gambar dengan arahan suara. Pengguna hanya perlu mengatakan “Okay Garmin, start recording”, dan ia akan mula merakamkan gambar – sangat sesuai untuk mengaktifkan rakaman ketika sedang melakukan beberapa perkara.

Garmin VIRB Ultra 30 ini berharga $499.99 (~RM2044)

LEAVE A REPLY