Game of Thrones
Cover image via Harian Metro

Selepas tamat siaran bulan lalu, siri televisyen popular HBO, Game of Thrones (GOT) bakal memulakan penggambaran musim ketujuh dalam masa terdekat.

Berbeza dengan siri lalu, musim baru itu hanya memaparkan tujuh episod dan dijangka menemui peminat pada pertengahan tahun depan.

Menurut Presiden Pemprograman HBO, Casey Bloys, ketibaan musim sejuk dalam kisah fantasi ciptaan David Benioff dan D.B Weiss itu melambatkan jadual tayangan siri baru GOT.

“Sebelum ini, siaran perdana GOT bermula sekitar April namun produksi dilambatkan supaya penggambaran dapat dijalankan apabila cuaca berdasarkan jalan cerita siri itu bertambah baik,” katanya.

Bloys berkata, produksi turut mengumumkan Matt Shakman menyertai pengarah musim GOT lalu iaitu Mark Mylod, Alan Taylor serta Jeremy Podeswa bagi siri baru itu.

“Penggambaran akan dilakukan di Ireland Utara, Spanyol dan Iceland,” katanya.

Barisan pelakon yang bakal kembali beraksi adalah Emilia Clarke, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey dan Kit Harington.

Baru-baru ini, GOT menerima 23 pencalonan Anugerah Emmy dan menjadi drama paling banyak dicalonkan untuk tiga tahun berturut-turut.

GOT adalah berdasarkan novel A Song of Ice and Fire nukilan penulis George R.R Martin dan musim ketujuh itu dikatakan bakal menampilkan lebih banyak kejutan.

Buat masa ini, Peminat novel GOT masih menunggu keluaran buku keenam The Winds of Winter dan beberapa elemen dalam karya itu dikatakan sudah pun didedahkan dalam siri terbabit.

Sementara itu, Martin menerusi blog miliknya berharap peminat berseronok menyaksikan musim baru dan novel GOT.

“Mungkin terdapat beberapa elemen ‘spoiler’ dalam novel sudah didedahkan dalam siri GOT,” katanya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here