fungsi

Twitter sebelum ini telah mengumumkan fungsi Sticker yang membolehkan pengguna menambah ikon atau emoji bersaiz besar pada gambar, dan memberikan kesan yang lebih menarik pada gambar yang ingin dikongsikan.

Pada hari ini, sticker berkenaan secara rasminya diperkenalkan untuk semua pengguna.

Kini, apabila anda membuka aplikasi Twitter, dan memilih gambar untuk dikongsikan – ia akan memaparkan sebuah ikon wajah.

image via Engadget

Pengguna boleh tap padanya, dan menambah sticker pada gambar yang ingin dikongsikan.

Seperti pelbagai kemaskini sebelum ini,  sticker  kini sedang diperkenalkan secara berperingkat.

Kami telah menerima fungsi ini pada aplikasi Twitter kami di beberapa peranti, tetapi masih terdapat yang masih belum menerimanya buat masa ini.

LEAVE A REPLY