Sumber foto: BHOnline

Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah ‘food truck’ dengan label syarikat menjual minuman kopi yang menyerupai kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam.

Kreativiti seorang pengusaha makanan dengan mengubah suai traknya menyerupai trak  tentera dengan dua pelancar roket telah menyebabkan mereka ditahan polis pada pagi semalam. Sumber imej: facebook.com
Kreativiti seorang pengusaha makanan dengan mengubah suai traknya menyerupai trak tentera dengan dua pelancar roket telah menyebabkan mereka ditahan polis pada pagi semalam. Sumber imej: facebook.com

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut. “Hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan menjual kopi dan kenderaan itu diubah suai sebagai ‘food truck’ bagi menjual minuman itu.

“Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, pagi ini. Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Sumber imej: facebook.com
SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleHarga Minyak Mentah Brent Naik
Next articleBursa Malaysia Dibuka Rendah
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here