Sumber imej: FMT

Bersih 2.0 hari ini mengumumkan perhimpunan kelima anjuran gabungan itu bagi memberi tekanan supaya mereka yang bersalah dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan dan meletak jawatan.

Gabungan pilihan raya adil itu bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh perhimpunan yang dinamakan Bersih 5 itu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata ia mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai kumpulan NGO, pemimpin belia dan golongan akademik dan merumuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam memastikan penyiasatan menyeluruh di sebalik pelbagai pendedahan salah laku melibatkan 1MDB.

“Perdana menteri dan anggota Kabinet yang diberikan amanah melindungi kepentingan rakyat gagal menjalankan tugas mereka. Mereka membiarkan skandal 1MDB berpanjangan selama lima tahun tanpa pertimbangan akauntabiliti.

“Mereka perlu menjalankan penyiasatan dengan serta merta dan menangkap Malaysian Official 1 atas jenayahnya. Sekiranya tiada tindakan, PM dan Kabinet perlu letak jawatan,” kata kenyataan itu.

Pengerusi baharu Suhakam Tan Sri Razali Ismail, telah mendakwa perhimpunan Bersih “merosakkan banyak harta benda”, dan menyeru Bersih untuk bertindak lebih sofistikated dengan tidak mengadakan demonstrasi jalanan. Sumber imej: FMT

Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.

Dokuman penyiasat AS turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, menggunakan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, bagaimanapun tidak merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, jolokan “Malaysian Official 1” sebanyak 32 kali dalam dokumen penyiasat itu menjadi spekulasi di kalangan pemimpin pembangkang yang rata-rata setuju ia merujuk kepada Najib.

Tarikh dan masa perhimpunan Bersih 5 masih belum ditentukan pihak penganjur. Sumber imej: MalayMailOnline

Bersih berkata perhimpunan yang akan diadakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan menyiasat 1MDB dengan telus.

Ogos tahun lalu, Bersih mengadakan perhimpunan keempat selama dua hari, disertai lebih 200,000 orang di Kuala Lumpur, selepas pengakuan Najib menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Penganjur Bersih 5. Sumber imej: FMT

Bersih berkata ia akan turut serta dalam perhimpunan belia #TangkapMalaysianOfficial1 di ibu negara pada 27 Ogos ini.

“Kami menyokong penuh tindakan ini,” kata kenyataan itu.

“Rakyat Malaysia tidak patut berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan rasuah yang berlaku.”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here