FIFA
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

PARIS: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, bahawa semua pihak bersetuju dengan langkah menambah jumlah pasukan pada pentas akhir Piala Dunia, namun masih keliru sama ada ia patut membabitkan 40 atau 48 pasukan.

Menambah jumlah sedia ada 32 pasukan pada Piala Dunia akan datang menjadi tajuk kempen Infantino sewaktu pemilihan pucuk pimpinan baharu badan induk itu tahun ini.

Jawatankuasa FIFA bagaimanapun hanya akan menentukannya pada Januari ini dengan sejauh mana kejohanan terunggul dunia itu boleh pergi bermula edisi 2026.

Infantino mengadakan siri mesyuarat serantau pertama dengan presiden persatuan setiap negara di luar Paris semalam dan berkata sasaran kami untuk menjelaskan salah faham akhirnya tercapai.

“Apa yang saya dapat simpulkan daripada pertemuan itu semua pihak mahu kejohanan itu diperbesarkan lagi.

“Selepas ada yang mahukan 40 dan selebihnya 48. Persoalannya kini ialah bagaimana kami mahu memastikan bahawa pasukan daripada (seluruh) benua akan mengambil bahagian dalam pusingan akhir.

FIFA bakal menjana keuntungan hak penyiaran televisyen lebih besar daripada peningkatan jumlah penyertaan negara pada Piala Dunia.

Infantino berkata, dengan penyertaan 40 negara ia bakal menyaksikan pertarungan antara empat lima pasukan dalam 10 kumpulan.

“Dengan memperkenalkan langkah ini kami memberikan untuk lebih banyak pasukan mengambil bahagian tetapi dari segi sudut lain ia akan menimbulkan permasalahan dari segi kelayakan ke peringkat kalah mati.”

Dengan 32 pasukan, setiap dua pasukan terbaik kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Dengan 40 pasukan ia akan mewujudkan peluang untuk pasukan terbaik yang menduduki tempat ketiga. – AFP

LEAVE A REPLY