Fifa 18

CRISTIANO Ronaldo diumumkan sebagai bintang bagi permainan video Fifa 18 selepas menjadi jaguh dalam Liga Juara-Juara.

Penyerang Real Madrid itu akan menjadi pemain bola yang dipaparkan sebagai penghias kulit edisi baharu permainan video tersebut.

Ia akan dikeluarkan pada 29 September depan.

Selain versi standard, permainan video itu turut mengeluarkan ‘edisi khas’ Ronaldo.

Menurut Ronaldo, ia merupakan satu penghormatan menjadi penghias kulit permainan video Fifa 18.

“Ia merupakan satu perasaan yang menyenangkan dan saya bersyukur kerana dipilih,” katanya. – Mail Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here