feeya iskandar
Cover image via @feeyaiskandar

Ketika kandungan sulungnya memasuki usia empat bulan, penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar memilih untuk lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Kata personaliti terbabit, beliau harus berbuat demikian demi menjaga kesejahteraan diri dan anak dalam kandungan.

Akui Feeya atau turut dikenali dengan panggilan Cik Piah, pada awal kehamilan dulu, dirinya aktif bekerja kerana tawaran mengacara datang mencurah-curah.

Beliau yang teruja dengan rezeki mengandungkan zuriat pertama mendedahkan, ketika awal kehamilan juga dirinya tidak sedar sedang berbadan dua.

“Ketika itu, saya tidak berasa apa-apa pun tanda mengandung. Rasa mual dan hendak muntah jauh sekali dialami.

Saya cuma menyedarinya apabila lambat datang bulan, dan betul-betul maklum diri sedang hamil apabila kandungan sudah mencecah tiga minggu.

Itu pun selepas saya membuat ujian kehamilan. “Selepas sah hamil, saya masih tidak reti duduk diam.

Namun, dalam ligat bekerja sekalipun, saya tetap berhati-hati dan ambil peduli nasihat mereka yang lebih berpengalaman.

Saya kena jaga kandungan dengan sebaiknya. Kerja berat memang perlu dielakkan sama sekali,” katanya

Saat ini, isteri Nurashid Abd Wahab itu juga tidak berdepan dengan alahan atau mengidam makanan ‘bukan-bukan’.

“Kalau boleh, saya teringin menimang anak perempuan. Suami pula biasalah, mahukan anak lelaki. Apa pun, kami reda apa saja jantina anak sulung ini nanti.

Paling penting, ia dilahirkan dengan selamat dan sihat,” katanya yang pernah dicalonkan ke peringkat akhir dalam kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29. Feeya dan Nurashid berkahwin pada Mei lalu di Pasir Gudang, Johor.

Baca lagi: Feeya Iskandar Kalut Urus Majlis Pernikahan

LEAVE A REPLY