faye kusairi
Cover image via @fayekusairi

Pelakon Faye Kusairi menafikan dakwaan neziten hubungannya dengan kekasihnya yang juga pengarah drama Azmi Hatta sudah berakhir.

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, dia dan Azmi masih pasangan kekasih malah hubungan mereka berjalan lancar.

“Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini.

“Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.

“Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi,” katanya.

Mengulas perancangan menamatkan zaman bujang, Faye berkata dia berserah kepada ketentuan takdir.

“Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah.

“Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda.

“Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah mengukuhkan nama dalam kerjaya seni,” katanya.

Baca lagi: Faye Kusairi Akui Bekas Suami Elly Mazlein Kekasihnya

LEAVE A REPLY