fathia latiff
Cover image via @fatiyalatiff

Mengakui ada menghubungi bekas kekasih baru-baru ini, Fathia Latiff bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dirinya kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Aiman Hakim. Menurutnya, beliau menghubungi Aiman hanya untuk bertanyakan khabar dan perkembangan terkini diri masing-masing selepas berpisah.

“Saya menghubungi beliau hanya sekadar sebagai rakan artis, itu sahaja. Saya sendiri tidak mengetahui dari mana pihak terbabit mendapat cerita yang kami sudah kembali bercinta semula. Buat masa ini, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan yang saya lalui hari ini”

“Saya juga belum ada pengganti dan masih dengan status solo sekarang. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya kepada sambil mengakui gembira dengan kehidupannya sekarang dan lebih fokus terhadap kejaya lakonan serta perniagaan.

Sementara itu apabila ditanya sama ada beliau masih menaruh harapan untuk kembali bersama Aiman, Fathia memberitahu bahawa dirinya kini masih berstatus solo, dan meletakkan soal jodoh di tangan tuhan. Walau apapun jika benar mereka kembali bersama apa salahnya, mungkin masing-masing sudah matang dalam hubungan, buang yang keruh ambil yang jernih.

Baca lagi: Penghijrahan Imej Fathia Latif

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here