fara

PEMUDA yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Fara Fauzana, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan perkahwinanya bersama selebriti itu.

Hafiz ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut dan akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya,” ujarnya.

fara
Hafiz, ahli perniagaan yang sebelum ini disebut bakal mengahwini Fara

Dalam pada itu, Hafiz berkata selama ini, dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Sebelum ini, Fara mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz tanpa mendedahkan maklumat, serta identiti lelaki berkenaan.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” ujar Fara.

Fara memberitahu keputusan pembatalan majlis pernikahannya itu diambil setelah beliau memikirkan semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada ALLAH SWT dan keluarganya.

Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.

Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here