faizal tahir
Cover image via Berita Harian

Penyanyi Faizal Tahir tidak menyalahkan peminat jika ada yang mempersoalkan mengenai konsep kulit album terbaharnya, Anatomi.

Faizal berkata, sejak foto kulit album Anatomi mula dimuat naik di laman sosial baru-baru ini, pelbagai reaksi positif dan negatif diterimanya.

Menurutnya, rekaan kulit album terbabit mempunyai maksud yang tersendiri namun tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi.

“Saya tak salahkan peminat sekiranya mereka tidak senang dengan rekaan kulit album saya. Ini kerana mungkin mereka masih tidak faham maksud yang tersirat di sebalik rekaan terbabit.

“Saya tiada masalah dengan setiap kritikan negatif yang diberikan kerana saya faham dengan apa yang saya buat. Saya juga tahu ada maklum balas yang kurang baik mengenai rekaan itu, tetapi saya tiada masalah dengan hal tu.

“Sebab saya bersama pasukan saya yang membuat rekaan kulit itu. Bagi saya, selagi orang tidak dapat penjelasan mengenai rekaan album itu, selagi itu mereka akan tertanya-tanya dan memberi pelbagai pandangan,” katanya.

Faizal berkata, dia sendiri akan cuba menjelaskan secara terperinci maksud tersirat di sebalik rekaan album Anatomi itu.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah album ini mengalami pelbagai rencah mengenai kehidupan dan perhubungan.

“Antaranya mengenai hubungan manusia dengan Tuhan, isteri, anak dan kekasih…Contohnya, lagu Sayang lebih kepada hubungan dengan anak dan Setia dengan kekasih,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada Jelajah Anatomi Faizal Tahir di perkarangan Amanjaya Mall Sungai Petani.

Faizal berkata, ini adalah kali pertama dia membuat jelajah pelancaran album di Kedah dan sempat menyanyikan tiga lagu buat peminatnya.

Seramai 2,000 peminat hadir untuk menyaksikan mini konsertnya itu. “Alhamdulillah, maklum balas daripada orang Sungai Petani yang sangat di luar jangkaan dan ini mungkin juga disebabkan orang Kedah masih gembira selepas Pasukan Kedah memenangi Piala Malaysia baru-baru ini,” katanya bergurau.

Selepas hampir tiga tahun sunyi tanpa sebarang album, Faizal akhirnya tampil dengan album keempat berjudul Anatomi yang mula dipasarkan pada 4 November lalu.

Anatomi tampil berbeza berbanding tiga albumnya sebelum ini. Ia juga adalah album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records.

Anatomi menampilkan tujuh lagu termasuk single Assalamualikum, Sayang, Sejati dan Setia. Tiga lagi karya baharu adalah Suriram, Menang, Bukan Yang Pertama dan single bonus iaitu Dirgahayu, Negaraku.

Album ini juga memuatkan tiga versi lagu Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular BH 2014, Anugerah Juara Lagu ke-30 dan akustik.

Baca lagi: Kolaborasi Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY