fahrin ahmad
Cover image via Berita Harian

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 38, teruja apabila dipertanggungjawabkan sebagai hos lelaki pertama dalam program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI), bermula hari ini.

Katanya, tawaran daripada pihak penerbitan rancangan yang bersiaran secara langsung itu dianggap sebagai cabaran dalam mempelbagaikan lagi skil pengacaraan dirinya.

“Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini.

Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

“Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3.

Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit,” katanya. Akui bintang Puaka Tebing Biru itu lagi, pengalaman mengendalikan aneka rancangan di televisyen dan pentas membantunya mengacarakan WHI secara santai.

Menyelak latar belakang personaliti berasal dari Johor itu, terbaru Fahrin turut menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program realiti pencarian bakat sukan bola sepak, Mencari Ramli.

Baca lagi: Fahrin Ahmad Masih Mampu Bertahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here