snow

Bagi mereka yang percaya bahawa Facebook akan membeli apa-apa yang kelihatan seperti Snapchat, berita ini umpama mencurah minyak ke atas api. Gergasi rangkaian sosial Amerika Syarikat ini gagal dalam tawaran untuk membeli Snow, perkhidmatan yang seakan Snapchat. Snow adalah keluaran Naver, firma Korea yang dianggar bernilai $25 bilion, mengikut sumber yang diperolehi TechCrunch.

Snow kini mempunyai kira-kira 80 juta muat turun, dan ianya bertambah sekitar lebih 10 juta bulan, menurut sumber itu lagi. Pertumbuhan itu juga telah menggalakkan minat pengambilalihan oleh Tencent (pemilik aplikasi WeChat), Alibaba dan lain-lain.

Sehingga kini, Facebook tidak memberikan apa-apa komen terhadap berita tersebut.

Aplikasi ini mula meraih perhatian pada musim panas lepas apabila ia pantas menaiki takhta muat turun di platform Android dan iOS, mengumpul kira-kira 30 juta muat turun. Snow dilihat mengeksploitasi kekurangan jelas Snapchat kepada peminat di Asia, menyebabkannya mendapat perhatian yang banyak.

Walaupun Snow dilabel sebagai klon Snapchat, aplikasi ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang berbeza.

Aplikasi ini sendiri mempunyai lebih 36 penapis dan lebih daripada 200 topeng, yang menawarkan lebih banyak pilihan daripada Snapchat. Beberapa pilihan termasuk penapis untuk kedua-dua imej dan video yang melibatkan selebriti, watak kartun, pari-pari dan sebagainya.

Buat masa ini, Facebook cuba untuk menghidupkan ciri-ciri tersendiri ke dalam pesaingannya dengan Snapchat – seperti menggunakan ‘inspirasi produk’.

Stories Instagram, satu ciri yang diakui diilhamkan oleh Snapchat, mencapai 100 juta pengguna dalam tempoh dua bulan. Facebook turut melancarkan projek-projek kecil termasuk aplikasi video sosial untuk remaja,  dan ciri kamera seperti Snapchatt.

LEAVE A REPLY