PPBM

PERSOALAN pastinya bermain di minda seluruh rakyat mengapa Ezam Mohd. Nor keluar sekali lagi dari UMNO dan menyertai pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jika dilihat kepada pembabitannya dalam politik, Ezam bermula dari UMNO dan pada 1998 dia keluar dari parti keramat itu dan menyertai PKR.

Selepas panas punggung bersama PKR, Ezam melompat lagi apabila keluar parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada 2007 dan menyertai semula UMNO pada 28 Mei 2008.

Pada 2 Oktober 2016, Ezam kembali meninggalkan UMNO setelah gagal melaksanakan transformasi dalam kerajaan terutama berkenaan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

kl13_260813__c806896_13826_536

Adakah ini sebenarnya sikap Ezam yang suka melompat ke sana sini? Jika benar, UMNO sebenarnya tidak rugi walau lima sen pun jika tidak mempunyai pemimpin yang layak di gelar parasit dan katak sepertinya.

Percayalah, di mana sahaja Ezam berada, dia akan terus melompat kerana itulah dirinya yang sebenar.

Ketika bersama UMNO, Ezam dilantik sebagai Senator dan diberikan jawatan dalam Kementerian Kewangan.

Namun, setelah apa yang diimpikannya tidak tercapai dia melompat keluar begitu sahaja.

Langsung tidak mengenang jasa, namun itu tidak menghairankan kerana itulah sikap seperti parasit yang dilihat menebal dalam diri Ezam.

Kini, Ezam bersama pula dengan PPBM yang diterajui Mahathir yang sewaktu ketika dahulu dibenci dan ditentangnya.

Ezam pernah menentang pentadbiran Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas ‘gurunya’ pada waktu itu, Anwar dipecat Timbalan Perdana Menteri dan kemudiaan disumbat di dalam penjara oleh bekas Perdana Menteri itu.

ezam-mohd-noor-gmi-azmin-ali-9

Pastinya, Ezam akan selalu dikenang dengan kisah memiliki kotak-kotak berisi rahsia kerajaan menyertai UMNO sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun akhirnya Ezam menafikan memiliki kotak rahsia berkenaan.

Ternyata, kejahatan sama seperti parasit itu seolah-olah ada pada diri Ezam.

Dirinya akan terus begitu dan tidak akan berubah sebaliknya terus melompat ke mana sahaja demi kepentingan peribadinya.

Jika difikirkan baik, maka di situlah Ezam berada, jika tidak, dia akan keluar begitu sahaja selain tidak merasa malu dan segan untuk menjilat kembali kahaknya.

Percayalah, Ezam pastinya tidak akan terus kekal di PPBM, dia akan menjadi parasit di sana dan selepas itu melompat lagi ke destinasi lain yang diinginkannya.

Katak akan terus melompat dan parasit akan terus menjadi parasit, begitu jugalah manusia bernama Ezam.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY