Etihad

DUBAI: Syarikat penerbangan milik kerajaan UAE, Etihad Airways hari ini mengumumkan akan menggantung semua penerbangan memasuki dan keluar dari Qatar sehingga dimaklumkan kelak.

Penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha adalah pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut satu kenyataan jurucakap penerbangan itu menerusi satu emel hari ini. Selain Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirates dan penerbangan tambah rendah, Fly Dubai turut membuat keputusan sama.

Tindakan diambil susulan keputusan Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong aktiviti pengganas.

SHARE
Previous articleTiote Meninggal Dunia Ketika Berlatih
Next articleMalaysia Jangan Cuba Jadi Propagandis Barat
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here