tun

SEKARANG adalah era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan zaman berkuasa atau tunjuk pandai bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas tarikh 31 Oktober 2003, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri selepas menamakan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

Jika dilihat kembali, tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan Mahathir sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Sewaktu berkuasa, pemerintahan Mahathir tidak terlepas daripada menerima pelbagai kritikan dengan dilabelkan sebagai ‘autokratik’ oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa.

mahathir

Selain itu, Mahathir yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin lain di dunia.

Sekarang bukan lagi era ‘Mahathirisme’ dan bekas Perdana Menteri itu seharusnya menerima hakikat dia tidak lagi berkuasa.

Tetapi hakikatnya, Mahathir tidak menyedari perkara itu, sebaliknya semua sedar cita-citanya mahu mengangkat pula anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ternyata Mukhriz kini hanya menjadi ‘pak turut’ dan mengikut sahaja segala perancangan yang diaturkan bapanya.

Demi merealisasikan hasratnya itu, Mahathir menubuhkan PPBM yang hendak dijadikan landasan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Dan ketika ini, Mahathir bekerjasama dan sanggup bersekongkol serta duduk semeja dengan pembangkang yang merupakan musuhnya sebelum ini demi menjadikan anaknya seorang Perdana Menteri.

mahathir

Mahathir kini seolah-olah merasakan dirinya sama taraf dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Jadi, beliau mahukan anaknya, Mukhriz menyamai Lee Hsien Loong.

Kuan Yew sama sekali tidak seperti Mahathir yang kini meletakkan nasib dan masa depan anaknya di tangan musuhnya sebelum ini.

Ternyata Mahathir bertindak di luar kewarasan dan kini boleh pula tidur sekatil dan ‘sujud’ dengan Lim Kit Siang yang paling dibencinya sewaktu menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Betul seperti apa yang diulas oleh Raja Petra Kamarudin baru-baru ini, Mahathir bukan Lee Kuan Yew dan Mukhriz sangat berbeza daripada Hsien Loong.

Perkara ini terjadi apabila Mahathir terlebih menilai diri sendiri dan anaknya hingga tidak berpijak di bumi nyata.

Kepada Mahathir, sedarlah bahawa, era pemerintahan anda sudah pun berakhir dan biarlah pemimpin sedia ada melaksanakan tanggungjawabnya.

Jangan menjadi manusia yang busuk hati dan ‘tamak kuasa’ selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Negara ini milik rakyat dan bukan untuk diwarisi kepada keluarga Mahathir semata-mata.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY