emy
Cover image via Astro Gempak

Konsert ketiga AF2016 menyaksikan juara JoHaRockstar, Emy diperkenalkan sebagai pelajar baru.

Kehadiran Emy dengan membawa bagasi diterima baik oleh 11 pelajar lain.

Emy yang masih lagi cuba menyesuaikan diri di atas pentas bersama para pelajar AF kelihatan malu-malu apabila berinteraksi bersama mereka.

Dalam pada itu, pengetua AF2016, Datuk Sheikh juga memberitahu Emy merupakan antara peserta yang bakal memberikan saingan hebat di konsert keempat nanti.

“Dia mempunyai keunikkannya yang tersendiri dari segi suara dan cara menyampaikan lagu.

“Melihat kepada persembahannya sewaktu konsert akhir JoHaRockstar, saya dapat rasakan kehadiran Emy akan memberikan ‘vibes’ yang berlainan kepada penonton dan juga para pelajar.

“Mula-mula memang dia nampak malu tapi kita tunggu sajalah perubahannya di konsert minggu depan,” katanya ketika ditemui sejurus selesai konsert ketiga di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Sementara itu, pengacara AF2016 Zizan Razak dan Alif Satar juga turut mengumumkan tiada penyingkiran dilakukan untuk minggu ketiga.

Emy yang merupakan junior kepada Estranged telah menyampaikan lagu berjudul Hancur Aku bersama kumpulan tersebut.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Artikel berkaitan: Kejutan Datuk Shake, Pengetua AF2016

1 COMMENT

LEAVE A REPLY