Empat

Beberapa khabar angin melalui media mengatakan bahawa beberapa ADUN PKR dijangka akan melompat parti untuk membentuk kerajaan baru di Selangor. Walaubagaimanapun, meurt ADUN Sementa, Daroyah Ali, ADUN-ADUN negeri Selangor tetap setia kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata tidak tahu menahu mengenai khabar angin mengatakan empat ADUN PKR bakal berpaling tadah untuk membentuk kerajaan baru di negeri itu.

“Saya belum dengar mengenai perkara itu. Insya-Allah saya kekal pendirian bersama parti,”katanya menurut Sinar Harian hari ini.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei menyifatkan khabar angin itu sebagai “propaganda semata-mata”.

DUN dibubar?

Sementara itu, Daroyah juga menafikan khabar angin bahawa Azmin akan mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN Pakatan Harapan minggu depan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Ini berikutan keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR baru-baru ini.

“Berita itu pun kita belum lagi dengar. Lagipun, menteri besar sibuk dengan konvensyen minggu ini siri jelajah ke beberapa negeri.

“Malah, beliau juga akan akan bertolak ke Timur Tengah malam ini (semalam) untuk lawatan kerja di Maghribi, Jordan dan Mesir selama lima hari,” katanya.

Muktamar PAS secara rasmi meluluskan cadangan untuk memutuskan hubungan dengan PKR tetapi tertakluk kepada kelulusan majlis syura parti berkenaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here