emma maembong
Cover image via Roti Kaya

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Emma Maembong ketika ditanya mengenai pergolakan hubungan cinta mereka. Namun bagi Emma, tindakannya yang tidak pernah mengumumkan status sebenar hubungan mereka dan dianggap sebagai bersahabat dengan Kamal, pasrah jika pada akhirnya tiada jodoh diantara mereka.

“Tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu. Jadi sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu. Tapi kalau sampai ke jinjang pelamin, saya bersyukur. Kalau jodoh tidak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya”

“Kalau imbas balik kenyataan yang pernah saya berikan sebelum ini, saya tidak pernah mengatakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan bahawa saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih sedang mengenali dia,” katanya kepada Projek MMO mengenai pergolakan hubungan cinta mereka yang mulai renggang sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, hubungan cinta diantara Emma dan Kamal dikatakan hambar apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Malah perkara itu juga telah disahkan sendiri oleh kedua-dua pihak, namun Kamal memilih untuk meletakan semua kesalahan yang menjadi penyebab kerengangan hubungan cinta mereka diatas bahu beliau.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai kewujudan pihak ketiga yang mungkin menjadi punca kerentakan hubungan mereka, Kamal tampil menafikannya. Namun dalama masa yang sama terpalit pula nama Fatiya Latiff yang didakwa menjadi orang ketiga didalam perhubungan itu walaupun Fatiya sendiri menolak dakwaan terbabit dan cuba bersikap profesional.

Artikel berkaitan: Emma Maembong, Kamal Adli Putus?

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY