emma maembong
Cover image via Berita Harian

Pelakon Emma Maembong, 24, tak mahu terus meletakkan titik noktah pada hubungan cintanya bersama Kamal Adli, sebaliknya memilih untuk duduk bersemuka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, berkata dia banyak belajar daripada kegagalan kisah percintaan lalu, membuatkan dirinya tidak lagi terlalu menghebahkan cerita peribadi.

Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.

“Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara.

Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.

“Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Emma menerusi laporan akhbar pada awal Januari 2015 mengesahkan hubungannya dengan pelawak, Zizan Razak, sudah berakhir, namun enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Pelakon drama Assalamualaikum Cinta itu kemudiannya menjalinkan hubungan cinta bersama Kamal, sebelum cerita keretakan percintaan mereka mula timbul baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Emma bakal memulakan penggambaran drama bersiri Nasi Minyak Kuah Cinta untuk saluran TV3.

Artikel berkaitan: Kamal Tunggu Lampu Hijau Pihak Emma

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY