elly mazlein
Cover image via ideaterkini.com

SEPERTI minggu lalu, konsert minggu kedua Gegar Vaganza terus menjadi pilihan hujung minggu rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila hashtag #gegarvaganza3 Elly Mazlein, trending sejak malam tadi.

Konsert minggu kedua ini mengambil tema Memori Berkasih dengan pelbagai lagu dipersembahkan 12 peserta terlibat.

Menjadi perhatian ramai minggu ini ialah Zarul yang menyampaikan lagu Untukmu Selamanya, nyanyian asal kumpulan Visa.

Bukan sahaja vokalnya mendapat pujian peminat dan juri-juri profesional, tetapi juga imej pramugara Malaysia Airlines itu turut menjadi perhatian.

Tampil segak bersut, ramai yang tidak percaya vokalis kumpulan popular 90an, Umbrella itu sudah berusia 43 tahun.

Selain Zarul, seorang lagi peserta yang meraih perhatian adalah Elly Mazlein.

Biarpun masih belum sihat sepenuhnya, lontaran vokal Elly ketika menyampaikan lagu Berpisah Jua berjaya menyentuh hati penonton.

Mungkin kebetulan, namun lagu nyanyian asal Ziana Zain itu dilihat seolah-olah ‘kena’ dengan kisah hidupnya.

Ramai yang tumpang bersedih dan berharap Elly kekal tabah dan fokus dalam pertandingan itu.

Razis Ismail yang menyampaikan lagu Bunga Pujaan nyanyian asal Jamal Abdillah, menjadi peserta pertama disingkirkan musim ini.

Gegar Vaganza minggu ketiga Ahad depan akan mengetengahkan tema ‘Ada Bran?’.

Baca lagi: Debaran Gegar Vaganza Musim Ketiga

LEAVE A REPLY