elizabeth tan
Cover image via @elizabethtsm

Kurang yakin membuat persembahan menjadi faktor utama Elizabeth Tan tidak menerima tawaran menyanyi buat sementara waktu.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mengakui berdepan isu vokal kurang mantap. “Saya tahu, vokal tidaklah sehebat penyanyi popular lain, jadi saya tidak yakin membuat persembahan terutama di pentas berprestij.

Namun, ia tidak bermakna kerjaya sebagai penyanyi terkubur begitu saja. “Bermula sekadar minat di laman sosial YouTube, saya sama sekali tidak bermimpi menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya profesional.

“Namun, saya akur rezeki lebih berpihak sebagai penyanyi. Jika diikutkan, saya sebenarnya meminati bidang lakonan,” katanya. Lizzy berkata, tumpuannya sekarang adalah pada bidang lakonan.

“Saya jatuh cinta dalam bidang lakonan sejak pertama kali ditawarkan membintangi filem dulu.

Mungkin selepas Aidilfitri saya akan aktif menerima tawaran menyanyi,” katanya. Bintang yang terkenal dengan lagu Knock Knock dan Setia itu juga menjelaskan dia sudah tidak terikat dengan syarikat pengurusan, Paranormal Talents selepas kontrak tamat, Mac lalu.

“Namun, saya tidak mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan lama. Malah, kami masih berkomunikasi seperti biasa.

“Cuma saya enggan mencari syarikat lain bagi mengendalikan kerjaya. Saya lakukannya sendiri dengan bantuan pengurus peribadi,” katanya.

Baca lagi: Impian Elizabeth Tan Sertai Program Ratu Cantik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here