Elfira loy
Cover image via sentiasapanas.com

Walaupun sudah beberapa minggu industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Uqasha Senrose membuka tudung, namun masih ramai yang bertindak mengecam setiap gambar yang dimuat naik olehnya. Tidak tahan melihat Uqasha terus dikritik, Elfira Loy tampil mempertahankan pelakon itu dengan meminta orang ramai untuk tidak terus menghakimi tindakannya itu.

Artikel Berkaitan: Isu Buka Hijab, Uqasha Senrose Dikecam Hebat

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam sahaja. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi mungkin sebaliknya”

“Mungkin sebenarnya kita yang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh kita mampu menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini. Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif,” katanya.

Selain itu, Elfira menambah bahawa beliau memahami perasaan yang dihadapi oleh Uqasha apabila setelah tiga tahun bertudung, dengan iman yang tidak stabil membuatkannya untuk membuka hijab. Namun dalam masa yang sama, Elfira berharap pelakon itu akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian berat yang diberikan olehNya kini

1 COMMENT

LEAVE A REPLY