Sumber imej: kinibiz.com

Ekonomi Malaysia pada harga semasa mencatatkan nilai sebanyak RM1,157.1 bilion pada 2015 berbanding RM1,106.5 bilion pada 2014.

Lebihan Kendalian Kasar (LKK) adalah penyumbang terbesar dalam komponen pendapatan iaitu sebanyak 60.5 peratus manakala Pampasan Pekerja menyumbang 34.8 peratus kepada ekonomi Malaysia, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.

“Baki 4.7 peratus disumbangkan oleh Cukai Tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import,” kata kenyataan itu. Ekonomi secara keseluruhan pula merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus pada 2015, disokong oleh prestasi positif dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.

Pampasan Pekerja mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus berbanding 9.7 peratus pada tahun sebelumnya manakala LKK pula tumbuh lebih perlahan kepada 0.9 peratus berbanding 6.4 peratus pada 2014.

Sebaliknya, kata jabatan itu, Cukai Tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import melonjak kepada 62.4 peratus berikutan pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Sebagai penggerak utama ekonomi, sektor perkhidmatan adalah penyumbang terbesar kepada jumlah Pampasan Pekerja sebanyak 60.6 peratus manakala sumbangan sektor pembuatan sebanyak 23.1 peratus pada 2015,” kata jabatan itu.

Pampasan pekerja turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus, didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor pembinaan mengekalkan prestasi kukuhnya pada 2015 dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.5 peratus berbanding 14.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi 2015, LKK diterajui oleh perkhidmatan dengan sumbangan sebanyak 51.3 peratus diikuti oleh pembuatan sebanyak 22.5 peratus.

SHARE
Previous articleAlong Cham Failkan Nusyuz
Next articleRory McIlroy Nine Off Lead At Baltusrol
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY