eizlan yusof
Cover image via Harian Metro

Lebih setahun berpisah dengan bekas isteri, Vie Santie Harun, pelakon Datuk Eizlan Yusof, 45, memaklumkan dia belum menemui pengganti.

Bukan bermaksud hatinya sudah tertutup, tetapi pelakon itu menjelaskan jadual kerja seharian yang padat menyebabkan dia tiada masa mencari kekasih.

“Saya berkawan dengan ramai wanita, namun belum jumpa yang istimewa.

“Pada masa sama, saya juga sibuk dengan urusan kerja dan pengajian doktor falsafah di Universiti Utara Malaysia,” katanya.

Eizlan berkata, dia langsung tidak berasa sunyi kerana mempunyai tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3, untuk sentiasa menghiburkan hatinya.

“Pada masa lapang, saya menghabiskan masa bersama anak. Oleh kerana kerap berjumpa dengan anak, mereka tidak berasa kehilangan saya dan menganggap saya bekerja di luar,” katanya.

Menurut pelakon itu, dia bersyukur tiada masalah berkaitan hak penjagaan anak dengan bekas isteri.

“Saya boleh jumpa anak pada bila-bila masa dan sentiasa mencari peluang untuk bersama mereka. Alhamdulillah, bekas isteri tidak pernah halang,” katanya.

Menurut Eizlan, sekiranya tidak berkesempatan, dia akan berhubung dengan anak-anak menerusi aplikasi WhatsApp.

“Setiap kali anak tiada di sisi, video mereka menjadi pengubat rindu sebelum tidur,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here