Nintendo 3DS

Promosi yang hebat untuk peminat Nintendo! Nintendo akan melancarkan dua edisi khas Nintendo 3DS – model hitam dan putih, kedua-dua menampilkan watak-watak dan imej Mushroom Kingdom di Amerika Syarikat bermula 25 November (Black Friday). Ia akan dijual untuk dengan harga RM 420 (USD 99.99) sahaja.

Ini menjadikannya sedikit lebih mahal berbanding  dengan Nintendo 2DS pada harga RM 336 (USD 79.99), yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti visual 3D tanpa cermin mata, dan separuh daripada harga bagi peranti yang lebih besar iaitu Nintendo 3DS XL. Kedua-dua edisi terhad ini memaparkan imej Mushroom Kingdom yang dicetak kemas pada peranti tersebut.

Doug Browser, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran, berkata, “Nintendo mempunyai beberapa hadiah terbaik untuk musim cuti dan sama ada anda sedang mencari permainan untuk seisi keluarga atau sistem permainan baru yang canggih tetapi pada harga berpatutan, Nintendo telah menyediakan segalanya untuk anda.”

Pada masa ini, ia adalah hampir mustahil untuk membeli konsol baru dalam apa jua bentuk tanpa mendapat sekurang-kurangnya satu permainan baru digabungkan bersamanya. Namun begitu, inilah hakikatnya apabila anda membeli peranti Nintendo ini; satu cara yang lama dan ‘oldschool’.

Hal ini tidak dapat dipastikan lagi, namun menurut siaran akhbar dari Nintendo sendiri, mereka memaklumkan bahawa peruncit masih boleh menawarkan peranti tersebut dalam cara yang mereka mahu. Kita tidak akan mengharapkan terlalu banyak kejutan, namun, dengan harga murah yang ditawarkan, adalah tidak mustahil tiada permainan percuma diberikan bersama peranti. Oleh itu, harga murah yang ditawarkan sebenarnya tidaklah begitu murah dengan mengambil kira anda perllu membeli sekurang-kurangnya satu permainan dengan peranti tersebut. Jika anda belum mempunyai 3ds, anda akan perlu untuk membeli pengecas juga.

Ini adalah kali pertama kita mendengar tawaran Black Friday untuk perkakasan Nintendo. Jika anda sedang mencari Playstation baru 4 atau Xbox, banyak peruncit akan menawarkannya (dalam pakej yang mengandungi permainan) dengan harga dalam lingkungan RM 1050 (USD 250).

Ia akan pasti memberikan satu tawaran yang hebat, kerana anda mendapat konsol hebat dengan bilangan besar permainan yang hebat pada harga yang rendah. Nintendo mengumumkan permainan terbaru untuk platform mereka termasuk, Mario Party; Star Rush, Pokemon Sun dan Pokemon Moon, Super Mario Maker untuk Nintendo 3ds, Yo-kai Watch 2: Bony Spirits dan Yo-kai Watch 2: Fleshy Souls, dan permainan yang bakal dilancarkan pada tahun 2017 seperti Pikmin, Ever Oasis, dan Dragon Quest VIII: Journey of Cursed King.

LEAVE A REPLY