Sumber imej: mStar

Pengarah Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 dan memohon untuk tidak meneruskan perkhidmatannya mulai 1 Ogos ini. Sumber imej: mStar

Dzulkifli yang dilantik dengan tempoh perjawatan sehingga 31 Julai 2021, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang tamat perkhidmatannya dan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Dzukifli diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras subseksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.

Ali juga mengumumkan pertukaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Ogos ini, menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

SOURCEBHONline
SHARE
Previous article1MDB: Stirring Up A Hornet’s Nest
Next articleKes DOJ Tidak Kena Mengena Dengan Ekonomi Malaysia
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY