Duterte
Foto oleh Getty Images

Presiden Rodrigo Duterte menambah lagi persengketaan beliau dengan Amerika Syarikat dengan memerintahkan semua pasukan khas Amerika keluar dari selatan Filipina. Pasukan khas ini bertugas  menasihati tentera tempatan dalam usaha memerangi pelampau Islam.

Kenyataan Duterte tersebut dikeluarkan seminggu selepas dia menggelar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai “anak pelacur“.  Tindakan ini telah menyebabkan Obama membatalkan kehadirannya ke mesyuarat dua hala yang dijadualkan berlangsung pada sidang kemuncak di Laos.

Duterte, presiden pertama yang berasal dari selatan Filipina, telah meningkatkan usaha untuk membawa keamanan ke selatan Filipina.Sebanyak 150,00 nyawa telah hilang dalam pemberontakan berdekad lamanya antara kerajaan dengan puak pemisah Islam dan pemberontak komunis telah meragut lebih 150,000 nyawa.

Bulan lalu, beliau telah memulakan semula rundingan damai dengan kumpulan pemisah terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang  telah berjuang sejak tahun 1970-an untuk menubuhkan sebuah negara atau pemerintahan autonomi Islam bebas.

Sebelum ini, kira-kira 500-600 ahli pasukan khas Amerika ditempatkan di wilayah Mindanao tetapi pada tahun 2014, Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin berkata, Filipina akan mengurangkan jumlah personel kepada 200. Penempatan pasukan khas US di kawasan tersebut bertujuan untuk  membantu tentera Filipina tetapi dihalang daripada terlibat dalam sebarang pertempuran kecuali untuk mempertahankan diri.

Duterte tidak menyatakan bila atau berapa ramai rakyat Amerika akan diusir tetapi berkata penjajaran Filipina dengan Barat merupakan punca pemberontakan Islam yang berterusan di selatan Filipina.”Ini pasukan khas Amerika Syarikat, mereka perlu pergi di Mindanao,” katanya pada perhimpunan kakitangan kerajaan.”Orang-orang (Islam) akan menjadi lebih gelisah. Jika mereka melihat seorang rakyat Amerika, mereka benar-benar akan membunuhnya. ”

Pentagon telah dimaklumkan mengenai kenyataan Duterte tetapi belum dihubungi oleh pihak berkuasa mengenai isu itu.

“Kami akan terus berunding rapat dengan kerajaan Filipina untuk menyesuaikan bantuan kami sewajarnya sejajar dengan pendekatan Pentadbiran baru Filipina,” kata jurucakap Pentagon Gary Ross.

Dalam ucapannya, Duterte menunjukkan gambar dan menyentuh bagaimana tentera Amerika Syarikat membunuh umat Islam semasa penjajahan Amerika di Filipina pada awal 1900-an untuk menjelaskan keputusannya. Jurucakap Duterte, Ernesto Abella berkata bahawa “kenyataan itu mencerminkan hala tuju baharu (Presiden Duterte) menuju ke arah dasar luar yang bebas”.

Pemimpin Filipina itu juga mengecam Obama dan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon kerana mengkritik tindakan kerasnya memburu penjenayah yang telah meragut 3,000 nyawa dalam masa kurang dua bulan.

Dalam satu pertemuan ringkas di Laos, Obama menggesa pemimpin Filipina untuk menjalankan tindakan terhadap jenayah dengan “cara yang betul” dan melindungi hak asasi manusia, tetapi Duterte telah berkata ianya bukan urusan Amerika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here