Fazura
Cover image via Berita Harian

Dua single Fazura berjudul Bisa Apa dan Bangun menguasai dua tangga teratas carta iTunes Malaysia sebaik dilancarkan di platform digital itu, hari ini.

Fazura berkata, berita itu bukan sahaja menggembirakan malah menyentuh hatinya. “Alhamdulillah, lagu Bisa Apa berjaya menduduki tempat pertama selepas sejam dilancarkan manakala Bangun pula melonjak ke tangga kedua dari kedudukan keempat sebelum ini,” katanya.

Bintang Hero Seorang Cinderella itu menitiskan air mata sebaik mendapat tahu kejayaan dua single berkenaan.

“Air mata yang mengalir ini adalah tanda kegembiraan dan terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Bisa Apa yang dirakamkan di Indonesia, Mac lalu dicipta Tantra Numata dan Mhala Numatra. Bangun yang liriknya menceritakan mengenai sikap positif pula adalah nukilan komposer tempatan, Ilyahida.

Baca lagi: Lagu Tema Hero Seorang Cinderella Ditangga Pertama iTunes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here