dron

GoPro telah mengatakan pada tahun lepas yang mana mereka bakal hadir dengan dron tersendiri pada tahun ini. Selepas beberapa teaser sebelum ini, kini GoPro melalui Twitter berkongsi mengatakan ia akan diperlihatkan pada 19 September kelak.

GoPro, seperti ramai sedia maklum merupakan pembangun dan pegneluar kamera aksi terkemuka, dan sering digunakan pada kebanyakkan drone di pasaran pada hari ini. Dengan pihak GoPro yang hadir dengan dron tersendiri, tidak mustahil produk ini akan diminati dan menjadi pilihan utama lebih ramai jurugambar yang merakamkan gambar menggunakan dron.

image via Tech Crunch

Disamping pengenalan Karma, tidak mustahil juga untuk kita melihat GoPro untuk memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka, Hero5 yang telah tertiris beberapa kali ke arena internet sejak beberapa minggu lepas ini.

LEAVE A REPLY