TRUMP
Foto oleh FMT

PETALING JAYA: Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menulis dalam blognya hari ini akan kemungkinan Presiden Donald Trump menggunakan dasar kewangan sebagai elemen utama pengurusan ekonomi beliau dalam tempoh 4 tahun akan datang.

“Jika Trump mengambil laluan itu, kita boleh melihat kadar faedah dan inflasi yang semakin meningkat.

“Kadar faedah yang tinggi akan mendorong dolar Amerika Syarikat naik, menarik lebih banyak simpanan dan pelaburan ke AS serta menjadikan import lebih murah, sekali gus menyebabkan malapetaka kepada mata wang negara-negara membangun.

“Jika itu berlaku, kita boleh menjangka untuk melihat ringgit dibom sekali lagi,” kata Kadir, merujuk kepada mata wang tempatan yang merudum ke tahap terendah tahun ini sejak lewat 1990-an.

Beliau berkata dolar AS yang lebih kukuh akan menjejaskan Malaysia lebih teruk berbanding negara membangun lain kerana ringgit mengalami penurunan terbesar berbanding dolar AS.

bizw_p2a_0612_jy_1

Menyelar laporan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan “Trump adalah PM kegemaran”, Kadir berkata status apa pun tidak akan menyelamatkan negara daripada terjejas teruk oleh dasar ekonomi Trump dan Islamophobia beliau.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memetik analisis New York Times oleh Neil Irwin yang mengatakan pasaran bon adalah panduan yang lebih dipercayai para pelabur global percaya unuk meramal berbanding pasaran saham yang tidak menentu.

Irwin menulis: “Dan pada Rabu, pasaran bon menghantar satu isyarat kuat dan jelas: Tahun pemerintahan Trump mungkin mempunyai inflasi dan kadar faedah lebih tinggi berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kadar faedah 10 tahun Perbendaharaan melonjak ke tahap tertinggi sejak Januari, meningkat 0.22% kepada 2.07%. Dan kenaikan itu boleh dikaitkan dengan kepercayaan pelabur yang inflasi akan menjadi lebih tinggi daripada yang dijangka seperti kejutan sebelum pilihan raya.”

LEAVE A REPLY