DOJ

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak perlu merujuk pihak berkuasa Malaysia mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana siasatan mereka terhad kepada kawasan bidang kuasa mereka, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Beliau berkata AS bimbang akan penggunaan sistem kewangannya untuk membeli aset yang didakwa dibeli dengan wang yang diubah secara haram.

“Soal menghubungi peguam negara tidak berbangkit,” kata Abu Talib menjawab Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengadu DoJ tidak merujuk pejabatnya mengenai kes 1MDB.

Abu Talib berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993. Beliau berkata DoJ tidak membuat sebarang tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tindakannya terhad kepada aktiviti dalam AS.

“DoJ tidak menyiasat individu atau aktiviti di Malaysia tetapi tindakan mereka hanya mengenai penggunaan sistem kewangan mereka untuk memperoleh aset menggunakan dana yang dianggap diperoleh secara haram,” katanya.

Semalam, Apandi menepis saman terbaru pihak berkuasa AS mengenai 1MDB tetapi kerajaan mengalu-alukan sebarang permintaan selaras dengan “komitmen kepada kerjasama antarabangsa dan membanteras penggubahan wang haram”.

Apandi berkata tiada pihak berkuasa tempatan atau antarabangsa yang menyiasat 1MDB menunjukkan bukti penggelapan dana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here