Monday, May 29, 2017
Home Muka Depan DOJ Setuju Tarik Sekatan Terhadap Red Granite Pictures

DOJ Setuju Tarik Sekatan Terhadap Red Granite Pictures

591
0
Sumber imej: lh3.googleusercontent.com

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) bersetuju menarik balik perintah sekatan terhadap Red Granite Pictures yang dimiliki Riza Aziz.

The Wall Street Journal (WSJ) dalam portalnya (http://www.wsj.com) semalam melaporkan, persetujuan yang dicapai itu membolehkan Red Granite Pictures mengasingkan sebahagian daripada pendapa­tannya pada masa akan datang.

Red Granite Pictures yang dimiliki Riza Aziz. Sumber imej: redgranitepictures.com

Menurut WSJ, langkah itu adalah bergantung kepada keputusan kes tuntutan sivil yang difailkan oleh DoJ AS terhadap Red Granite Pictures yang berkaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jumlah yang terlibat mungkin tidak besar, dalam angka berjuta dollar AS, yang diperoleh hasil jualan kepada rangkaian televisyen dan Netflix,” jelas WSJ.

Riza Aziz (paling kiri) ketika tayangan perdana filem The Wolf of Wall Street di Leicester Square, London pada tahun 2014. Sumber foto: Reuters

Pada 20 Julai lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch berkata, DoJ telah memfailkan saman sivil terhadap tiga individu termasuk Riza Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Peguam negara AS Loretta Lynch sebelum ini memaklumkan beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat 1MDB. Sumber imej: fbi.gov

Dalam laporan sama, WSJ menjelaskan, melalui perjanjian itu, Red Granite Pictures cuba menunjukkan tindakan undang-undang yang diambil kerajaan AS tidak akan menjejaskan opera­sinya.

“Red Granite Pictures dalam kenyataan menyatakan syarikat itu masih beroperasi dan semua pihak masih boleh berurusan dengannya walaupun selepas tuntutan sivil difailkan oleh kerajaan AS,” lapor WSJ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here