dijangka

Google telah pun menawarkan versi pembangunan terakhir Android 7.0 pada bulan Julai lepas, dan kini, mengikut perkongsian @evleaks, Google dijangka memperkenalkan Android 7.0 Nougat secara rasminya pada bulan ini.

Android 7.0 Nougat menawarkan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-window yang menawarkan akses kepada lebih dari satu aplikasi pada sesuatu masa, kemudahan untuk multi-tasking, kemaskini kepada kaedah notifikasi disusun, pengoptimasian pada bateri, dan pelbagai fungsi baru yang lain.

Android 7.0 Nougat akan diterima oleh pengguna peranti Nexus terlebih dahulu sebelum peranti lain. @evleaks mengatakan Nexus 5 mungkin tidak akan menerimanya.

Beberapa pengeluar peranti Android telah mula menguji versi pembangunan Nougat pada peranti-peranti utama mereka.

image via Android Authority

Walaupun Android 7.0 Nougat akan hadir pada bulan ini, namun, ia mungkin akan mengambil masa berbulan untuk peranti dari pengeluar lain menerimanya – malah mungkin kebanyakkan peranti Android tidak akan menerimanya.

LEAVE A REPLY