diintegrasikan

Facebook telah mengambil-alih WhatsApp sebelum ini, dan sejak daripada itu, ia telah diperkatakan data daripada WhatsApp akan diintegrasikan bersama ke Facebook. Kini, hari ini pihak WhatsApp mengesahkan perkara berkenaan dan berkongsi lanjut mengenainya.

WhatsApp mengatakan mereka akan mula berkongsi beberapa data bersama Facebook dalam bulan-bulan akan datang. Walaubagaimanapun, pihak WhatsApp mengatakan mereka akan kekal memastikan pelbagai mesej anda tidak dibaca oleh pihak lain – sama ada pihak WhatsApp sendiri ataupun Facebook.

Daripada apa yang dikongsikan, pihak WhatsApp akan berkongsi data seperti nombor telefon anda ke sistem Facebook – sekaligus memudahkan Facebook dalam memberikan cadangan rakan yang lebih baik, selain paparan iklan yang lebih relevan.

image via Android Central

WhatsApp turut menekankan yang mana mereka tidak akan menjual sebarang nombor telefon – termasuk kepada pengiklan, dan data anda akan selamat dibawah perkhidmatan mereka.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here