Brazil dan bintang sensasi, Neymar diejek selepas usaha mereka untuk memburu pingat emas Olimpik dalam acara bola sepak bermula hambar apabila sekadar seri 0-0 dengan Afrika Selatan yang beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Bintang Barcelona, Neymar adalah nama besar yang beraksi pada temasya berprestij itu dan diberi tanggungjawab untuk mengembalikan maruah bola sepak Brazil selepas tewas 1-7 di tangan Jerman dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di laman sendiri.

Bagaimanapun, dia tampil dengan prestasi mengecewakan dalam perlawanan yang berlangsung di Brasilia apabila Afrika Selatan berjaya mengekang asakan tuan rumah biarpun Mothobi Mvala dilayangkan kad merah selepas setengah perlawanan bermula.

“Bagi kami, keputusan seri membawa maksud kalah. Semua pemain masuk ke padang untuk menang, kami sedar tanggungjawab kami dan kami tahu ia tidak mudah,” kata Neymar.

image via The Guardian

Saingan Kumpulan A kini menyaksikan semua pasukan mengumpul satu mata selepas Iraq dan Denmark turut menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here