Dekoder
Image via FMT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian dekoder percuma bagi siaran TV digital yang baru dilancarkan yang bernilai RM199 kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview malam ini, Najib berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya.

“Berbanding negara-negara maju serta tetangga di Asean, Malaysia merupakan satu-satu negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan,” kata Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here