anugerah skrin 2016
Cover image via Harian Metro

Jika tahun lalu drama bersiri mengisi kategori drama komedi, Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) tahun ini menyaksikan ada pencalonan telefilem bagi kategori sama.

Perkara itu dilakukan berikutan kisah komedi semakin mendapat tempat di hati penonton dan saban hari semakin banyak telefilem serta drama bersiri komedi ditayangkan.

Menerusi kategori berkenaan lima drama dan telefilem yang tercalon ialah Mak Cun, Ahli Mesyuarat Tingkap, Rajuk, Jom Kahwin dan Si Montel.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9 Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata keputusan itu diambil memandangkan populariti program komedi kian meningkat.

“Berikutan sambutan memberangsangkan terhadap cerita komedi, kami satukan drama bersiri dan telefilem dalam satu kategori.

“Ini bagi mengiktiraf sama rata cerita komedi, tidak kisah dalam bentuk drama bersiri mahupun telefilem. Jika dulu drama komedi tidak banyak, kini kita ada banyak pilihan.

“Drama yang bersiaran di saluran TV Media Prima Berhad (MPB) juga banyak bergenre komedi. Malah siri Mak Cun disiarkan pada waktu perdana kerana mendapat sambutan hangat penonton.

“Justeru, kami perlu mengiktiraf genre ini sebagai tanda menghargai hasil kerja penggiat seni,” katanya.

ASK2016 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November depan.

Disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam, anugerah kali ini mempertaruhkan 32 kategori merangkumi 13 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam teknikal.

Bakal diacarakan penyanyi dan pelakon popular Alif Satar dengan ditemani sembilan selebriti terkenal iaitu Ammar Titan, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail serta Puteri Aishah.

Selain itu, acara bakal dimeriahkan dengan persembahan termasuk Elizad Sharifuddin, Indah Ruhaila, Shiha Zikir, Hazama, Mark Adam, Kaka Azraf dan Faizal Tahir.

LEAVE A REPLY