Thursday, May 25, 2017
Home News De Gea ke Real Madrid Musim Depan?

De Gea ke Real Madrid Musim Depan?

63
0
De Gea

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, David De Gea dilaporkan telah mula mencari rumah di Madrid.

Laman berita Sepanyol Diario Gol melaporkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan spekulasi bahawa penjaga gol Sepanyol itu hampir pasti menyertai Real Madrid untuk beraksi musim depan.

Berdasarkan rekod, De Gea, 26, sebelum ini hampir menyertai kelab gergasi La Liga itu pada tahun 2015 tetapi terhalang disebabkan masalah dokumentasi yang telah menyebabkan urusan perpindahannya ke kelab itu terhalang.

Bagaimanapun, Diario Gol berkata rundingan kini sudah memasuki peringkat akhir dan satu perjanjian besar akan dibuat dalam perpindahan musim panas.

De Gea yang sudah pun mencari rumah di ibu negara Sepanyol itu kemungkinan besar akan memilih untuk tinggal di rumah yang didiami James Rodriguez.

Hal ini demikian kerana Rodriguez dilaporkan akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu pada akhir musim ini selepas kurang diberi peluang untuk bermain di bawah jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Pemain perancang itu juga difahamkan telah mencari penyewa baharu beberapa minggu lebih awal sebelum pemergiannya dan De Gea mungkin dapat menyelesaikan masalahnya.

Penyerang Colombia itu dilaporkan menjadi sasaran kelab gergasi Liga Perdana Inggeris iaitu United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here