Dazrin Kamaruddin
Cover image via mStar

SELEBRITI tempatan, Dazrin Kamaruddin akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya iaitu Norfazulin Razali pada 6 Mei ini.

Perkara tersebut disahkan  menerusi undangan hari bahagianya yang diterima menerusi aplikasi sosial WhatsApp, hari ini.

Berdasarkan maklumat aturcara majlis yang diterima, pernikahannya akan berlangsung di Hotel Avillion Legacy, Melaka, jam 11 pagi.

“Assalamualaikum, saya dengan rasa bersyukur dan berbesar hati ingin menjemput pihak media hadir ke majlis pernikahan saya, Dazrin dan isteri.

“Terima kasih kepada media yang banyak membantu saya selama ini. Jasa baik dan sokongan kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya,” katanya.

Difahamkan, Norfazulin atau Zulin, merupakan seorang ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Mereka mula berhubungan menerusi aplikasi Smule kerana masing-masing minat menyanyi sebelum hubungan itu bertambah akrab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here