datuk siti nurhaliza
Cover image via pinterest

Penyanyi popular negara Datuk Siti Nurhaliza terus mendominasi arena muzik tanahair apabila dua albumnya menerima 7 pencalonan akhir di Anugerah Industri Muzik ke 22.

Penyanyi lagu Menatap Dalam Mimpi itu menerima pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) bersaing sengit dengan penyanyi Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung), Jaclyn Victor (Seindah Mimpi), Najwa Mahiaddin (Guilty Room) dan Nona (Takkan Biarkan).

Lagu Menatap Dalam Mimpi turut dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik untuk bersaing dengan Faizal Tahir ( Assalamualaikum), Syamel ( Hidup Dalam Mati), Hazama ( Sedetik Lara) dan Faizal Tahir (Sejati). Lagu yang sama juga dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu untuk Aubrey Suwito.

Album konsertnya di Istana Budaya Datuk Siti Nurhaliza Unplugged turut dicalonkan dalam kategori Album Terbaik.

AIM 22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 18 Disember depan.

Senarai penuh pencalonan AIM22:

1. Artis Baharu Terbaik
Bella Nazari
De Fam
Lyia Meta
Projector Band
Syamel

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad (Potret)
Faizal Tahir (Sejati)
Hazama (Sampai Mati)
Hazami (Cintai Dia)
Lah Ahmad (Syukur)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Jaclyn Victor (Seindah Mimpi)
Najwa Mahiaddin (Guilty Room)
Nona (Takkan Biarkan)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Back2Basixx (Senyuman)
De Fam (#Supergirls)
Nowseeheart (Selawat Untukmu)
The Mikraj (Qod Kafani)
UNIC (Syamail Muhammadiah)

5. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Elizabeth Tan & Faizal Tahir (Setia)
Hunny Madu & Kayda (Go Hard Or Gostan)
Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)
Najwa Mahiaddin & Juny (After The Rain)
Sonaone, Joe Flizzow & Akeem (Go Do That)

6. Kulit Album Terbaik
Sekumpulan Orang Gila – Bahtera
Fynn Jamal – Puisi Tepi Jalan
Yuna – Material
Pitahati – Selamat Datang Ke Panggung Suara
Reena Nicky – Penuh Magika

7. Rakaman Album Terbaik
Yuna – Material
Froya – Panic Bird
Gabriel Lynch – All of Us
Q Sound – Duel Citizenship
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged

8. Video Muzik Terbaik
Stacy – Not For Sale
Kaka Azraff feat Sleeq – Bukan Hal Aku
Hazama – Sampai Mati
Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me
Fynn Jamal – Suatu Pernah

9. Lagu Pop Etnik Terbaik
Ingga – Amir Jahari
Joget Sulam Sakti – Raja Iskandar
Kelik La Weii – Eddie Hamid
Mathnawi 1 – Mawar – Usop Kopratasa & Rafi Suhu
Sepertinya – Fynn Jamal & AG Coco

10. Lagu Nasyid Terbaik
Suhaimi Saad – Cinta Sidna
Caliph Busker – Hanya Namamu
Lah Ahmad – Maulaya
Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta
Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

11. Lagu Rock Terbaik
Projek Pistol – Berani Mati
Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
Azlan & The Typewriter – Mata Hati
Akim & The Majistret – Potret
Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

12. Lagu Pop Terbaik
Faizal Tahir – Assalamualaikum
Syamel – Hidup Dalam Mati
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Hazama – Sedetik Lara
Faizal Tahir – Sejati

13. Lagu Hip Hop Terbaik
SonaOne – Confirm Ah
SonaOne – Hakeleh
Altimet & Takahara Suiko – Janji
Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
Salammusik – Terima Kasih

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Elvira Arul – Christmas in The Sun
SonaOne – Firefly
Juwita Suwito – Just Like That
Daiyan Trisha – Stargazing
Vince Chong – Wonder

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Elvira Arul – Christmas in The Sun
Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Caliph Busker – Hanya Namamu
Faizal Tahir – Assalamualaikum

16. Album Terbaik
Akim & The Majistret – Patriot
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged
Black – Black
Estranged – Sepenuhnya Vol 1
Mojo – Nada

LEAVE A REPLY